.icon-amm:before { content: "\e900"; }

  • Cara Paling Mudah nak Check Nama Kita Blacklist CTOS atau CRISS

    Macam mana nak tau nama kita ni dah di Blacklist CCRIS dan CTOS ? 

    Senang jer boleh wat semakan secara Online.

    NaK TAU CARA DIA.. nantikan saya terangkan pastu buat SENDIRI x perlu susah payah nak pergi ke Bank Negara..

    Kalau siapa-siapa yang biasa buat pinjaman dengan bank, lepas tu bank cakap tak lepas sebab ada CTOS la, CRISS la, sedangkan  kita tak tahu pun yang nama kita dah di blacklist.  Boleh lah buat semakan melalui CCRIS dan CTOS.  Sebab mana-mana bank dan institusi kewangan akan guna dua platform tu sebagai salah satu cara buat semakan kredit nak tentukan pinjaman boleh diluluskan atau tidak. 

    Sebelum tu ..... 

    Apa itu CCRIS? 

    CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Satu sistem yang mengumpul kesemua maklumat mengenai segala macam pinjaman yang dari semua institusi kewangan dan bank dan maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS ini dikawalselia oleh BNM bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. 

    Apa itu CTOS?  

    CTOS merupakan sebuah agensi  pelaporan kredit  yang membangunkan satu sistem untuk yang merekodkan status kredit individu . Mana-mana pemberi kredit yang telah menyenaraihitam pelanggan mereka disebabkan masalah tunggakan atau ingkar dalam membuat bayaran akan mendaftarkan nama pelanggan itu di dalam CTOS. Maklumat pelanggan ini boleh disemak  oleh pemberi kredit lain dalam membuat penilaian pinjaman.  

    Jadi Macam mana .... 
    Caranya Nak Dapatkan Laporan CTOS 

    1.   Layari laman web CTOS HOLDING SDN BHD klik Sini Untuk ke website CTOS/
    2.   SIGN UP sebagai user (butang signup ada kat ATAS SEBELAH KANAN)
    i.       Isikan maklumat yang diperlukan n anda perlu  upload salinan    
    IC masa pendaftaran ni. Jadi   pastikan standby dengan salinan IC
    ii.      Setelah CTOS ID Pengguna diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana jua melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS. ADA SOFTWARE DALAM GOOGLE PLAY.

    Cara Nak Dapatkan Laporan Kredit CRISS 

    Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di seperti berikut: 

    Sila klik klik sini untuk ke website CRISS dan Ikuti langkah-langkah dan panduan seterusnya di laman web tersebut.
     
    ataupun ikut Langkah ni... 

     1.   Download Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman  di laman sesawang creditbureau.bnm.gov.my atau klik di sini untuk muat turun borang [PDF, 26K]

     2.  Pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:

    BNMTELELINK
    dan Pejabat Wilayah Tingkat Bawah,
    Blok D,Bank Negara Malaysia
    Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur,
    No Faks: +603 2174 1515

    # BAGI MEREKA YANG BOLEH KE BANK NEGARA
    Bolehlah ke kiosk CCRIS ground floor Bank Negara. Masukkan IC ke dalam kiosk, thumb print ibu jari anda. Tunggu seminit & laporan anda akan dicetak. 

    Harap Info ni Dapat Membantu..
  • 0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

    CEPAT! POHON SEKARANG

    Isikan permohonan secara atas talian untuk mengetahui kelayakkan Anda. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa kurang dari 24 jam..@ untuk respond yang lebih pantas whatsap terus slip gaji ke 011 1010 3663

    Cari Blog Ini

    Dikuasakan oleh Blogger.

    Arkib Blog

    EMAIL

    pfi.islamik@gmail.com
    ibiayaonline@gmail.com

    MOBILE

    011-1010 3663
    019-944 1930