NaK TAU CARA DIA.. nantikan saya terangkan pastu buat SENDIRI x perlu susah payah nak pergi ke Bank Negara..
Apa itu CCRIS?
CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Satu sistem yang mengumpul kesemua maklumat mengenai segala macam pinjaman yang dari semua institusi kewangan dan bank dan maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS ini dikawalselia oleh BNM bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.
Apa itu CTOS?
CTOS merupakan sebuah agensi pelaporan kredit yang membangunkan satu sistem untuk yang merekodkan status kredit individu . Mana-mana pemberi kredit yang telah menyenaraihitam pelanggan mereka disebabkan masalah tunggakan atau ingkar dalam membuat bayaran akan mendaftarkan nama pelanggan itu di dalam CTOS. Maklumat pelanggan ini boleh disemak oleh pemberi kredit lain dalam membuat penilaian pinjaman.
1. Layari laman web CTOS HOLDING SDN BHD klik Sini Untuk ke website CTOS/
2. SIGN UP sebagai user (butang signup ada kat ATAS SEBELAH KANAN)
i. Isikan maklumat yang diperlukan n anda perlu upload salinan IC masa pendaftaran ni. Jadi pastikan standby dengan salinan IC
ii. Setelah CTOS ID Pengguna diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana jua melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS. ADA SOFTWARE DALAM GOOGLE PLAY.
Sila klik klik sini untuk ke website CRISS dan Ikuti langkah-langkah dan panduan seterusnya di laman web tersebut.
ataupun ikut Langkah ni...
1. Download Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman di laman sesawang creditbureau.bnm.gov.my atau klik di sini untuk muat turun borang [PDF, 26K]
2. Pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK
Bolehlah ke kiosk CCRIS ground floor Bank Negara. Masukkan IC ke dalam kiosk, thumb print ibu jari anda. Tunggu seminit & laporan anda akan dicetak.
Harap Info ni Dapat Membantu..